Monday, November 25, 2013

APL Japan. Bon Voyage, abang!


Sekali lagi,

Sekali lagi Allah tarik jauh suamiku untuk tunaikan satu lagi tanggungjawab.. Terpisah buat kedua kalinya. Pada saat aku menulis, mungkin dia sedang lena dalam flight ke Seoul, Korea. Tidur lena-lena ye, abang. Lepas ni kena kerja kuat =)

Hidup sebagai isteri seorang pelaut. Macam ni la agaknya. I have to be stronger than the other wife. Dan jangan sesekali letakkan diri dalam kebahagian orang lain. I do have my on story and happiness. Berkali-kali suami pesan. setiap kali update, 

"Yang, jangan sesedih. Kuat! Sokong abang. Kalau bukan sayang, sape lagi.."

Kalau la hati ni mudah berubah menjadi sekeras batu... mustahil. InsyaAllah. Jom check out apa yang Allah titipkan dalam Al Quran :



"Abang, jumpa lagi tahun depan. 
Tujuh bulan dari sekarang. 
Abang akan selalu dalam doa sayang :)
Dan semga Allah temukan kita lagi dalam mawaddah! "

261113



Sunday, November 10, 2013

Saham Akhirat : Projek Homeless in St Petersburg, Russia


9 November 2013 mencatat satu sejarah buat diri aku sendiri khususnya. Buat pertama kalinya aku dapat buat dengan menjadi antara penggeraknya. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana pada mulanya agak sedih dengan respon yang kurang dari student-student sini. Tapi finally membuahkan hasil. 


Cerita 'fundraising'.
Aku bersama senior-senior perempuan kat sini, buat satu fundraising dengan menjual donat dan karipap. 20ruble tu bersamaan lebih kurang RM2. Mahal kan? Huhu. Tapi, mana nak cari kuih Malaysia kat oversea ni. Harga macam tu pun kira tak mahal. So, alhamdulillah kutipan berjaya dibuat lebih kurang RM200 lebih. Syukur. syukur.

Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? (1)
Itulah orang yang mengherdik anak yatim (2)
Dan tidak menganjurkan memberi makan fakir miskin (3) - Surah AL MA'UN

Zupp!

Ini la antara sebab usaha ini dilakukan. Semoga mendapat redhanya. Bukan senang nak bagi orang sesuatu, walaupun benda tu free. Nak berkomunikasi dengan orang Russia khususnya bukan senang. Tambah pulak kita bawak imej Islam. Tapi, sungguh! Banyak ibrah yang aku sendiri dapat. Macam mana bersyukurnya orang tu bila dapat makanan, yang mana kita sendiri pun belum tentu bersyukur sampai macam tu sekali. 



Hati ni tersentuh. Bila mana dua orang anak kecil warga lain di Russia, berebut-rebut pisang antara si abang dan si adik. Allah.. Sampai macam tu sekali. Hati sekali lagi tersentuh, bila tengok seorang makcik tua tanpa henti berterima kasih kepada team kami. Hati terdetik, bukan dia minta untuk jadi peminta sedekah. Dengan dunia yang semakin maju, tak ada daya untuk makcik tua tu bekerja lagi. MasyaAllah.



link video :

Allahumma a'inna 'ala dzikrika wa syukrika wa husni 'ibadatik. Amiin.
Semoga diri ini menjadi lebih bersyukur. 
"Give to be grateful!"



Sunday, October 6, 2013

Hello Second Year!


9/9/2013
Flight : Kuala Lumpur - Istanbul - St Petersburg

Selamat sampai pada keesokan harinya. Syukur perjalanan berjalan lancar, walau pada mulanya agak serabut dalam hati yang kurang redha =p Aku tinggalkan orang-orang yang aku paling sayang, yang hanya mampu menjadi saksi. Dah tertulis, bahawa aku harus pergi.

Sediki terharu. Mak mertua, kakak ipar & adik ipar pun ikut sama. Tak ketinggalan, mak ayah dan adik yang tak pernah hilang saat-saat aku harus sendiri lagi. Pelukan mak dan ayah akan aku ingat sampai bila-bila. Kelembutan kasih sayang yang tiada tandingan dengan sesiapa sekalipun. Dan yang aku cintai, suami tersayang. Ahhh. Speechless! You're the one that I miss so much. I mean, now.

And, hello second year! Lagi dua tahun lebih berjuang hidup sendiri di bumi Russia. Sikit sahaja lagi. Just go on. Buka minda, lapangkan dada, pandang ke depan. Perjuangan ini untuk mak ayah, suami serta bakal anak-anak ibu. eh :P

Semoga Allah tetapkan hati ini dalam ketaatan kepadaNya, kepada suamiku. Permudahkanlah!


Saturday, July 13, 2013

Selamat ulang tahun, myself!


3 Julai 2013 yang lalu, maka kini genaplah umurku 20tahun. Eh sebaya ngan suami! Dan jadi bini orang dah pun haa~ semoga Allah sentiasa mematangkan diri ini untuk mensolehahkan diri. Buat mereka yang tak putus-putus memberi ucapan dan mendoakan, aku dahulukan dengan ribuan terima kasih.

Dulu-dulu kalau wish, untuk aku personally. Sekarang ni, " semoga berbahagia dengan suami tersayang", "semoga hubungan kekal hingga ke syurga"/ Upss! Berdua kan lebih baik :) Terima kasih ye sahabat-sahabat. Buat pertama kali, aku berada disamping suamiku... Terima kasih, Tuhan.


Memandangkan suami aku peminat tegar kucing, jadi aku dihadiahkan kucing kecik comey lotey ni. Ni pin tudung sebenarnya. Kenapa bagi pin? Sebab tak nak tudung aku terbang-terbang masa naik moto -.- Aduhh. kelakar. Tak pernah terlintas pun. Tapi aku bersyukur kerana aku punya suami yang mahu menjaga. Jadi setiap kali naik moto, meow ni akan dipinkan di belakang tudung, alkisahnya.

Meow, saya nak jaga awoppp baik-baik.. 
Walaupun kecik cenoet, kau tetap pojaan hatiku =D


Sunday, June 16, 2013

Last paper : Semester 2


Tomorrow will be my last paper in Semester 2.
Mathematics. Tough subject.
Hope everything will gonna be okay!

Haii.
Apesal la takda nafsu belajar ni. Haish.
To my husband,
Ni semua salah abang. --

Isteri abang ni tak sabar nak balik tau tak!
Tengah fikir nak packing barang balik Malaysia je ni.

Ni semua salah abang. --
Coz you've been the one that I love too much.
Tunggu sayang kat airport tau.
Dengan keadaan yang sedia untuk didakap kemas.
Ohoii.

Ni semua salah abang. --
Like I said before,
Bila abang takda,
Abang pergi sailing,
Tak dapat contact. --
No coverage --
Even sayang mintak cuma seminit.
Tapi tetap takkan dapat.

Masa tu,
Kalau sayang kena pijak dengan gajah,
Sayang akan pijak gajah tu balik. --
Sebab sayang tau sayang kena kuat.
I have to.
Epic sungguh!

Tapi sekarang,
You're back!
Sekarang ni,
Sayang kena gigit dengan semut pun,
Sayang rasa nak berlari --
Dan mengadu kat abang sakitnya gigitan semut tu.
Adushh.
Epic lagi!

Stop. Stop.
Sambung study Maths.
Daa love.




Tuesday, June 11, 2013

Welcome back, love!


Pada hari ini ya Tuhan.
Sejuta kali kesyukuran aku panjatkan.
Kau pulangkan,
Kau hadirkan semula suamiku disisi--

"Sayang, jangan nenakal tau--
Lagi dua minggu kita jumpa--
Jaga diri, jaga solat--
Abang sayang zaujah abang"

Tingg..
Terbukak luas mata 'pagi' aku dengan sebaris senyuman.
Semoga perasaan ini berpanjangan ya Allah.

Lagi dua minggu aku akan kembali ke tanah air.
Membina kembali berjuta-juta memori bersama yang tersayang--
Untuk aku bawa pulang kembali ke Bumi Russia.

Hmmm..
Keluhan demi keluhan.
Kau mudahkanlah peperiksaan akhir penggal aku kali ni.
Lagi dua paper.
Physic dan Maths.
Oh, sakitnya otak.
Tinggal lagi 3 tahun.
Bersabarlah.

Buat suamiku sayang,
"Welcome back, love!"
You anchor me--
My sailor, my hero, my husband.



Sunday, June 9, 2013

Pertemukanlah semula.


Dengan tak disangka, hampir 4 bulan aku berjauhan dengannya.
Satu yang ku pinta, ya Tuhan..
Kau temukanlah kami semula dalam mahabbah dan mawaddah.
Izinkan aku berbakti kepadanya..
Izinkan aku menanam pohon-pohon pahala di syurgaMu..
Izinkan aku mencium bau syurgaMu, ya Robb..

Kehilangannya disisi, aku rindui..
Kehadirannya disisi, aku hajati..

Tersenyum lagi.
Tersenyum lagi.
Tersenyum lagi.

"Kau akan pulang, wahai suamiku"

One call received --
"Assalamualaikum yangggg..."

Sengih sampai telinga --



Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...