Sunday, June 16, 2013

Last paper : Semester 2


Tomorrow will be my last paper in Semester 2.
Mathematics. Tough subject.
Hope everything will gonna be okay!

Haii.
Apesal la takda nafsu belajar ni. Haish.
To my husband,
Ni semua salah abang. --

Isteri abang ni tak sabar nak balik tau tak!
Tengah fikir nak packing barang balik Malaysia je ni.

Ni semua salah abang. --
Coz you've been the one that I love too much.
Tunggu sayang kat airport tau.
Dengan keadaan yang sedia untuk didakap kemas.
Ohoii.

Ni semua salah abang. --
Like I said before,
Bila abang takda,
Abang pergi sailing,
Tak dapat contact. --
No coverage --
Even sayang mintak cuma seminit.
Tapi tetap takkan dapat.

Masa tu,
Kalau sayang kena pijak dengan gajah,
Sayang akan pijak gajah tu balik. --
Sebab sayang tau sayang kena kuat.
I have to.
Epic sungguh!

Tapi sekarang,
You're back!
Sekarang ni,
Sayang kena gigit dengan semut pun,
Sayang rasa nak berlari --
Dan mengadu kat abang sakitnya gigitan semut tu.
Adushh.
Epic lagi!

Stop. Stop.
Sambung study Maths.
Daa love.




Tuesday, June 11, 2013

Welcome back, love!


Pada hari ini ya Tuhan.
Sejuta kali kesyukuran aku panjatkan.
Kau pulangkan,
Kau hadirkan semula suamiku disisi--

"Sayang, jangan nenakal tau--
Lagi dua minggu kita jumpa--
Jaga diri, jaga solat--
Abang sayang zaujah abang"

Tingg..
Terbukak luas mata 'pagi' aku dengan sebaris senyuman.
Semoga perasaan ini berpanjangan ya Allah.

Lagi dua minggu aku akan kembali ke tanah air.
Membina kembali berjuta-juta memori bersama yang tersayang--
Untuk aku bawa pulang kembali ke Bumi Russia.

Hmmm..
Keluhan demi keluhan.
Kau mudahkanlah peperiksaan akhir penggal aku kali ni.
Lagi dua paper.
Physic dan Maths.
Oh, sakitnya otak.
Tinggal lagi 3 tahun.
Bersabarlah.

Buat suamiku sayang,
"Welcome back, love!"
You anchor me--
My sailor, my hero, my husband.



Sunday, June 9, 2013

Pertemukanlah semula.


Dengan tak disangka, hampir 4 bulan aku berjauhan dengannya.
Satu yang ku pinta, ya Tuhan..
Kau temukanlah kami semula dalam mahabbah dan mawaddah.
Izinkan aku berbakti kepadanya..
Izinkan aku menanam pohon-pohon pahala di syurgaMu..
Izinkan aku mencium bau syurgaMu, ya Robb..

Kehilangannya disisi, aku rindui..
Kehadirannya disisi, aku hajati..

Tersenyum lagi.
Tersenyum lagi.
Tersenyum lagi.

"Kau akan pulang, wahai suamiku"

One call received --
"Assalamualaikum yangggg..."

Sengih sampai telinga --



Tuesday, June 4, 2013

Resepi Kulit Karipap


Bahan-bahan :
3 cawan tepung
1 sudu minyak masak
1/2 sudu besar garam + ! cawan air biasa
3 sudu mentega


Cara-cara :

  1. Campurkan tepung dan mentega. Gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan minyak masak. Uli lagi.
  3. Masukkan air bercampur garam tadi sedikit demi sedikit. Jangan tuang semua! Sampai secukupnya sahaja. (aku guna dalam 10+/- sudu je)
  4. Uli sehingga menjadi satu doh.

Ni la hasil tak sebarapa ana. hihi =)) Let's try!



Resepi Moist Chocolate Cake


Bahan-bahan:
1 3/4 cawan tepung gandum
2 cawan gula
3/4 cawan koko
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas**
1 cawan susu cair
1 sudu teh soda
1 sudu teh baking powder
3 biji telur
1 sudu besar susu pekat


Cara-cara :

  1. Campur kesemua bahan kecuali yg bertanda **.
  2. Gaulkan semua dan campurkan **. Kacau hingga serata.
  3. Masukkan dalam loyang.
  4. Bakar pada suhu 180 darjah atau kukus dalam 40 minit.
  5. Siap dimakan!





Saturday, May 25, 2013

Doodle dakwah self-made


Assalamualaikum wbt.

Syukur ke hadrat Allah SWT, masih diberi kesempatan menjalan dakwah-dakwah kecil untuk agamaNya. Baru-baru ni sempena Bulan Kemanusiaan anjuran AZAM RUSSIA, aku mengambil peluang untuk mengasah bakat sendiri dalam pembikinan doodle.

Ada dua pertandingan dijalankan, pertandingan tulisan Khat mengenai Palestin (Gaza) dan lagi satu pertandingan doodle. Boleh rujuk kat link ni, Bulan Kemanusiaan AZZAM RUSSIA. Dengan berbekalkan  idea bantuan Kak Lina dan roomate, aku berjaya menyiapkan satu doodle dialogue yang dikehendaki pihak AZZAM. Mungkin tak seberapa, tapi aku seronok sebab ni merupakan hasil doodle pertama 100% kerja tangan aku. 

Jom tengok dan komen! Ahakss,


Hasil doodle pertama.
Status : REJECTED!


Hasil doodle kedua.
Status : ACCEPTED!

Alhamdulillah. Semoga Allah kira ini sebagai satu usaha aku dalam menjadi daie kecil dalam agamanya. Satu ayat yang perlu kita ingat, "Dakwah itu seperti cinta. Ianya akan selalu meminta segalanya dari kamu". Usaha, masa dan sebagainya. Jadi, berkorban untuk orang lain untuk merasa manisnya di sana nanti. Semoga aku menjadi seseorang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Ingat lagi tak hadith Rasulullah SAW?


Rasulullah SAW bersabda:

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.
(HR, Ahmad, Thabrani, Daruqutni)


Wednesday, May 22, 2013

Gugurnya dosaku.



Sabda Rasulullah SAW,
"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, 
dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka"


Baginda Rasulullah SAW selalu memegang tangan Aisyah r,a ketika berada di dalam rumah, memotong kukunya, mandi junub bersama-sama serta bertukar giliran antara isteri-isterinya untuk bermusafir supaya dapat menambahkan lagi kasih sayang antara suami isteri.

"Abang, jom buat!" =)



Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...