Sunday, December 30, 2012

Azam Tahun Baru


Pejam celik, pejam celik. Dan pun masuk 2013. Dan pada zahirnya aku dah menjangkau ke angka 20 tahun! Siapa sangka. Allah punya perancangan yang lebih baik untuk hamba-hambaNya, tak kira la hamba tu selalu ingat pada Dia ataupun tidak.

Orang kata, kenapa tak buat je azam ikut kalendar Islam? bole je. cuma tarikh dia tak sesuai dengan keadaan sekarang ni. Just like 1hb Jan. Kan senang nak hitung ? Depends laa. Tak dosa pun. Rasanya.. dan nak masuk 20-an ni, rasa diri semakin dekat dengan segala-galanya. Sebab masa muda aku sudah semakin singkat dan pendek.  

Dekat dengan kematian.
Dekat dengan alam perkahwinan.
Dekat dengan alam kedewasaan.

Ya. Aku bukan sang remaja yang hanya perlu menyalah takdir yang mengatakan keadaan sekelilingku yang bersalah atas kejahilanku. Aku bukan kanak-kanak lagi yang mampu menyalahkan ibu bapaku atas didikan mereka yang tak seberapa yang menyebabkan aku masih dalam dosa yang berpanjangan. Juga aku juga bukan lagi si bakal isteri yang layak menyalahkan si suami yang gagal menyempurnakan tanggungjawabnya atas agamaku.

Aku punya seribu alasan. Tapi usaha aku sendiri? 

Ayuh la wahai diri, buat azam baru 'sekali lagi' jom? Usaha. Usaha.
Moga-moga berhasil,

  1. Jaga adab dengan lelaki. Tau la 'engineering'. Marine pulak tu. Tapi adab tetap adab. Jangan bergurau atau berhubung tanpa keperluan. 
  2. Jaga adab pakaian. Aku kan perempuan. Muslimah :)
  3. Jaga hubungan dengan Allah. Solat. Doa. Zikir,
  4. Jaga hubungan dengan manusia. Jadi matang. Berlapang dada. Kalau orang tu taknak buat, kita yang buat. Lillahi taala. Kan pahala?

Setakat ni jela dulu rasanya,, Wassalam.
Agaga fighting!
p/s : Allah, mudahkanlah urusan pernikahan aku dan dia, Aminn.





Wednesday, December 26, 2012

Redha. Syukur.


Selamat menempuh peperiksaan akhir yang pertama kali di Russia -.-

Redha. Syukur.

Apa sekalipun keputusan yang bakal aku dapat, aku akan pastikan aku redha. 
Fight. Fight. Fight.

Bismillahi awwaluhu wa akhiruhu!
"Dengan nama Allah yang Maha Awal dan yang Maha Akhir"



Wednesday, November 28, 2012

Allahu rabbi wa rabbukum.


Wahai manusia,
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana.
Ibarat kata yang tak sempat diucapkan abu kepada api yang menjadikannya tiada.

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana.
Ibarat kata yang tak sempat diucapkan angin kepada hujan yang menjadikannya tiada.


Monday, November 12, 2012

HIJRAH


Setelah sekian lama tak update. Kali ni aku ingin sekali membawa satu jalan baru buat diriku sendiri. Wow~ nampak macam gempak. tapi apa-apa pun, let me start and finish it first ;)


Lagu ni membawa makna yang mendalam buat aku. Sungguh, sangat mendalam. Hari demi hari, aku mendalami makna sebenar hidup seorang muslim. Atau lebih tepat, seorang muslimah sejati. Ya Tuhan, sekarang aku sedar apa sebenarnya maksud-Mu dengan permusafiran yang aku entah tahu apa hasilnya.

Aku bukan aku yang dulu lagi.

Dengan kehadiran Encik Tunang yang sentiasa mengingatkan aku apa yang aku lupa walaupun aku mengtahuinya sejak dulu lagi. Atau mungkin lebih awal dari diri dia sendiri. Aku punya ilmu agama yang lebih sejak Allah takdirkan aku masuk ke sekolah agama suatu ketika dulu. KISAS. Ingat tak..


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
 (Surah As-Saff ayat 2)


Gedebushh. kena sebijik. Aurat. Simple as that. Dengan 5 huruf, tapi punya maksud yang mendalam. Hari ini, aku memahami maknanya dengan hati, dan bukan dengan kepala. Kata orang, hati tu adalah raja. Mana mungkin rakyat jelata seperti tangan dan kaki mampu melakukan sesuatu sedangkan tanpa arahan satu pun dari Sang Raja.

Wahai diri, 
Sekali engkau melangkah, tetaplah bertahan. Sekali engkau memulakannya, janganlah mengakhirkannya tanpa sebuah makna. Andai ada yang menghalang, hadapkanlah wajahmu ke atas, menghadap yang Maha Esa. Sang pemilik hati. Tuhan, jangan Kau biarkan aku terus dalam kesesatan yang NYATA.

Ayuh ! Take note.

Friday, November 2, 2012

Usrati Jannati


Ini impianku.
Bukan sekadar gambar.
Tapi lebih dari apa yang kamu lihat :)


Aku mengimpikan :

.. suami yang soleh ..
.. ayah yang soleh kepada anak-anakku ..
.. mujahid yang soleh ..
.. mujahidah yang solehah ..

kerana pada perkataan soleh itu punya seribu makna yang tersembunyi.

Monday, October 1, 2012

Bicara hati


Mohamad Iqbbar bin Zainal Azhar.

Aku terima pinanganmu dengan setulus hatiku. tanpa ragu.
Ya Allah, andai dia yang selama ini aku cari-cari,
Kau tetapkanlah kedudukannya untuk selalu disampingku.
Seandainya bukan ya Allah, Kau permudahkanlah jalan yang terbaik.

Jarak beribu batu.
Kata orang, lagi jauh lagi banyak dugaanya.
Haishhh. betul. betul. betul.
Tak sabar nak keluar dari dunia yang bukan pilihannya.
Pilihan bakal suamiku sendiri.

Apakan daya.
Aku cuma manusia yang cuba untuk mencari jalan yang terbaik buat diriku.
Buat masa depanku.
Buat masa depan keluargaku.
Juga kamu, wahai bakal suamiku.

Dulu-dulu,
Pernah aku tercari-cari manusia yang begitu memahamiku.
Andai aku temui, takkan aku lepaskannya walau sesaat.
Tapi aku silap. Ada kalanya yang pahit tu, itulah ubatnya :')

Walau adakalanya hati ini rasa sedikit goyah.
Aku palingkan muka ke belakang,
Menjengah setiap kenanganku.
Kenangan yang akan aku pahat sampai mati.

Walau adakalanya hati ini rasa sedikit hiba,
Melihat keadaan sekelilingku bukan seperti yang aku harapkan.
Bukan seperti yang kamu harapkan.
Aku pasti ada sesuatu yang tersembunyi.

Entah apa takdir aku.
Entah apa yang akan berlaku.
Walau baru setapak aku melangkah,
Belum tentu aku tau apa akan berlaku pada langkah yang keduanya.

Ya Allah, ku mohon.
Teguhkanlah hati ini.
Andai dengan air mata taubat ini mampu menghapus dosa.
Akan aku keringkannya dengan serta-merta.
Teguhkanlah. Teguhkanlah.

Kalam ini tidak mampu berbicara.
Apatah lagi berbisik.
Sungguh. Benar.
Tangan yang menulis lagi dekat dengan hati yang berbicara.
Aku sayangkannya seperti mana aku sayangkan imipianku.
Impian kami.

Mudahkanlah jalan halal buat kami.
Andai goyang sebentar.
Hanya kerana dilanggar buih-buih dosa lalu,
Kau pandanglah ia sebagai satu usaha mencari redhaMu.


Thursday, September 20, 2012

Keranamu cemburu


Teringat aku akan kisah Saidatina Aishah r.h.a.
Ni semua gara-gara kes ada sedikit salah faham antara 'kami'. so, jom discover ceritanya!




Al-kisah . Aishah mengatakan bahawa jika baginda Rasulullah SAW hendak melakukan perjalanan yang jauh, maka baginda akan mengundi siapa di antara isteri-isteri baginda yang akan menemaninya.

Suatu ketika, ketika Aishah dan Hafsah terpilih .. yang mana mereka berdua akan bersama-sama menemani baginda. Dalam perjalanan, baginda memilih waktu malam untuk memulakan perjalanan. Lalu baginda berbincang dengan Aishah. Oleh sebab tu, pada suatu hari, Hafsah berkata kepada Aishah...

"Apakah kamu bersedia jika malam ini saya menaiki unta-mu dan kamu menaiki unta saya, lalu kita tetap menjaga jarak hingga kita dapat saling melihat?"

Lalu Aishah pun bersetuju~ 

Pada waktu malam itu, Aishah menaiki unta Hafsah, dan Hafsah menaiki unta Aishah. Kemudian .. baginda datang dan menaiki di bahagian depan unta Aishah, yang mana kali ini unta itu membawa Hafsah. Setelah mengucapkan salam, baginda menjalankan untanya hingga berhenti beristirahat di suatu tempat.

Waktu itulah, Aishah tidak dapat lagi mengikutinya dan kehilangan jejak suaminya (Rasulullah SAW). Maka rasa cemburunya itu tidak dapat dibendung lagi... Apabila Aishah sampai di tempat istirahat, dia menyelitkan kakinya antara daun-daun idkhir (seperti daun serai). Lalu Aishah berdoa kepada Allah ..

"Ya Allah, suruhlah kala jengking dan ular menggigitku. Rasul-Mu, entah apa yang dilakukannya, sedangkan aku tidak mampu berbuat apa-apa.."
(riwayat Muslim No. 2445)


p/s : subhanallah! sampai begitu hebat yang Aishah sanggup lakukan kerana tidak tahan akan cemburunya yang membuak-buak. sungguh, aku tau dia merupakan antara isteri yang paling kuat cemburunya dalam kalangan isteri baginda yang lain. Mampukah aku berbuat sepertinya di saat cemburu melebihi akalku? dan bukan hanya melepaskan amarah yang tiada harganya di sisi Allah.. malah di sisi suamiku sendiri. Ampunkan hambaMu, ya Allah. di saat aku tidak mampu menjadi sehebat Aishah dalam menjaga api cemburuku.. Wahai suami, bantulah aku :'(

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...