Monday, October 1, 2012

Bicara hati


Mohamad Iqbbar bin Zainal Azhar.

Aku terima pinanganmu dengan setulus hatiku. tanpa ragu.
Ya Allah, andai dia yang selama ini aku cari-cari,
Kau tetapkanlah kedudukannya untuk selalu disampingku.
Seandainya bukan ya Allah, Kau permudahkanlah jalan yang terbaik.

Jarak beribu batu.
Kata orang, lagi jauh lagi banyak dugaanya.
Haishhh. betul. betul. betul.
Tak sabar nak keluar dari dunia yang bukan pilihannya.
Pilihan bakal suamiku sendiri.

Apakan daya.
Aku cuma manusia yang cuba untuk mencari jalan yang terbaik buat diriku.
Buat masa depanku.
Buat masa depan keluargaku.
Juga kamu, wahai bakal suamiku.

Dulu-dulu,
Pernah aku tercari-cari manusia yang begitu memahamiku.
Andai aku temui, takkan aku lepaskannya walau sesaat.
Tapi aku silap. Ada kalanya yang pahit tu, itulah ubatnya :')

Walau adakalanya hati ini rasa sedikit goyah.
Aku palingkan muka ke belakang,
Menjengah setiap kenanganku.
Kenangan yang akan aku pahat sampai mati.

Walau adakalanya hati ini rasa sedikit hiba,
Melihat keadaan sekelilingku bukan seperti yang aku harapkan.
Bukan seperti yang kamu harapkan.
Aku pasti ada sesuatu yang tersembunyi.

Entah apa takdir aku.
Entah apa yang akan berlaku.
Walau baru setapak aku melangkah,
Belum tentu aku tau apa akan berlaku pada langkah yang keduanya.

Ya Allah, ku mohon.
Teguhkanlah hati ini.
Andai dengan air mata taubat ini mampu menghapus dosa.
Akan aku keringkannya dengan serta-merta.
Teguhkanlah. Teguhkanlah.

Kalam ini tidak mampu berbicara.
Apatah lagi berbisik.
Sungguh. Benar.
Tangan yang menulis lagi dekat dengan hati yang berbicara.
Aku sayangkannya seperti mana aku sayangkan imipianku.
Impian kami.

Mudahkanlah jalan halal buat kami.
Andai goyang sebentar.
Hanya kerana dilanggar buih-buih dosa lalu,
Kau pandanglah ia sebagai satu usaha mencari redhaMu.


Thursday, September 20, 2012

Keranamu cemburu


Teringat aku akan kisah Saidatina Aishah r.h.a.
Ni semua gara-gara kes ada sedikit salah faham antara 'kami'. so, jom discover ceritanya!




Al-kisah . Aishah mengatakan bahawa jika baginda Rasulullah SAW hendak melakukan perjalanan yang jauh, maka baginda akan mengundi siapa di antara isteri-isteri baginda yang akan menemaninya.

Suatu ketika, ketika Aishah dan Hafsah terpilih .. yang mana mereka berdua akan bersama-sama menemani baginda. Dalam perjalanan, baginda memilih waktu malam untuk memulakan perjalanan. Lalu baginda berbincang dengan Aishah. Oleh sebab tu, pada suatu hari, Hafsah berkata kepada Aishah...

"Apakah kamu bersedia jika malam ini saya menaiki unta-mu dan kamu menaiki unta saya, lalu kita tetap menjaga jarak hingga kita dapat saling melihat?"

Lalu Aishah pun bersetuju~ 

Pada waktu malam itu, Aishah menaiki unta Hafsah, dan Hafsah menaiki unta Aishah. Kemudian .. baginda datang dan menaiki di bahagian depan unta Aishah, yang mana kali ini unta itu membawa Hafsah. Setelah mengucapkan salam, baginda menjalankan untanya hingga berhenti beristirahat di suatu tempat.

Waktu itulah, Aishah tidak dapat lagi mengikutinya dan kehilangan jejak suaminya (Rasulullah SAW). Maka rasa cemburunya itu tidak dapat dibendung lagi... Apabila Aishah sampai di tempat istirahat, dia menyelitkan kakinya antara daun-daun idkhir (seperti daun serai). Lalu Aishah berdoa kepada Allah ..

"Ya Allah, suruhlah kala jengking dan ular menggigitku. Rasul-Mu, entah apa yang dilakukannya, sedangkan aku tidak mampu berbuat apa-apa.."
(riwayat Muslim No. 2445)


p/s : subhanallah! sampai begitu hebat yang Aishah sanggup lakukan kerana tidak tahan akan cemburunya yang membuak-buak. sungguh, aku tau dia merupakan antara isteri yang paling kuat cemburunya dalam kalangan isteri baginda yang lain. Mampukah aku berbuat sepertinya di saat cemburu melebihi akalku? dan bukan hanya melepaskan amarah yang tiada harganya di sisi Allah.. malah di sisi suamiku sendiri. Ampunkan hambaMu, ya Allah. di saat aku tidak mampu menjadi sehebat Aishah dalam menjaga api cemburuku.. Wahai suami, bantulah aku :'(

Monday, September 17, 2012

Ukhuwah


Sungguh, aku rindukan ukhuwah fillah. lillahi taala. ukhuwah tu, walaupun bunyinya agak skema bagi sesetengah orang. tapi paling tidak, ukhuwah kerana Allah takkan sesekali menipu :) Alhamdulillah ya Allah. sebab Kau izinkan aku merasainya buat ke sekian kalinya di bumi St Petersburg ni.. ni yang aku cari-cari selama ni. kali pertama terpaku dengan respon kepada soalan aku tentang marine oleh kakak-kakak kat sini. sangat superbb!

bila pertama kali jejak kaki kat sini, aku rasa happy sangat. takda apa yang kurang. kenapa aku sungguh-sungguh sangat? sebab lepas keluar KISAS, kebanyakannya yang aku jumpa.. cuma kawan, bukan sahabat :) siapa kata dengan kawan yang hu ha hu ha je kita akan happy? absolutely no! I feel it by myself.



sahabat tu tak pernah menyakitkan hati, sekalipun dengan niat menjaga hati. yang salah tetap salah. yang betul, selamanya akan betul. takkan ada dosa yang tersembunyi dengan 'senyuman pahala' semata-mata atas nama sorang kawan. jadi, mungkin dekat sini.. aku ilhamkan pada diri aku, sama seperti KISAS, tarbiyah! mana taknya, awal-awal lagi dah tanya... 'adik-adik nak usrah tak?' --SUBHANALLAH. mana mau cari beb =D teringat kata-kata akak tu..

"kita datang sini, dengan tiga kemungkinan. sama ada kita akan jadi constant, atau kita akan jadi lebih buruk, atau kita akan jadi lebih baik. terpulang kepada diri sendiri :) " 

betul kan? so.. move on! nak jadi bini orang dah kan? gerak gerakkkkk! jangan peduli cakap orang lain. kat akhirat nanti masing-masing bertanggungjawab atas diri sendiri. sedangkan si ibu pun takkan dapat menolong anaknya sendiri. inikan pulak orang sekeliling kita. cuma Dia. Allah Tuhan yang satu.. 

quote : biarla menutup aurat,, sekalipun dengan kain langsir atau cadar =D keep istiqamah. insyaAllah ^^


Monday, September 10, 2012

Kanak-kanak itu.


Kanak-kanak ini :-



rasa kelakar pulak tengok zaman dulu-dulu. takda dulu, takda la sekarang. 
adik manis, terima kasih kerana menjadikan aku sekarang, aku yang ini :)
 *talk to myself*


Selamat berjuang, syifaa!


Selasa. 11/9/2012.
Kamu exam kan syifaa?

Buat betul-betul. jangan main-main. UPSR tu memang takda benda pun. tapi dengan result tu la yang bagi jalan yang baik untuk masa depan. kalau takda rezeki masuk SBP/MRSM , dapat aliran khas pun dah ok. macam orang dulu :) bukan nak cakap yang sekolah biasa tak bagus. tapi yang tak bagus lagi banyak dari bagus. nanti kamu lalai~ kamu yang bongsu bukan bermakna mak ayah sediakan semuanya. bukan bermakna mak ayah tanggung kamu, manjakan kamu sampai mati. tapi fikir-fikir laa.

Hehe, kamu pun nak jadi macam ni kan? :)

Jadi, belajar sungguh-sungguh. esok nak exam, salam mak ayah. cium mak ayah. mintak maaf dulu. ok? jangan lupa. dah nak masuk Form 1 ni, jangan nak mengada-ngada macam dulu. faham?! nak exam ni, tidur la sikit-sikit je. jangan macam biasa. biar rajin tu lebih dari tidur. nanti lepas merdeka, suka hati la nak mintak apa. entah-entah mintak Ferrari pun mak ayah kasi. HAHA!


tengok? budak kecik ni pun tau semangat! :) dan ingat. kita berjaya bukan untuk diri sendiri je. ramai tunggu nak tanya. "syifaa UPSR dapat berapa?" takkan nak tunggu mak cakap kat diorang macam ni, "entahlah dia, asyik main facebook je, result jadi macam tu la". tak nak, kan?? so paling tidak pun, kalau asyik buat mak ayah marah, kali ni bagi la mak ayah nangis happy untuk kamu! kamu nak belajar oversea macam orang kan? so dengarla cakap orang! :)) dulu pun orang takda sape-sape ajar orang kat umah. cuma cikgu dan kawan-kawan je kat sekolah. tuisyen pun tak. jadi, jangan bagi alasan apa-apa. GOOD LUCK!


SEMOGA ALLAH BERSAMAMU :)


p/s : coretan dari Russia :')

Sunday, September 9, 2012

Snooker?


Hari ni aku dan roomate ditemani senior lelaki untuk main 'biliard' (bahasa russia) atau orang panggil snooker. maklum la, senior perempuan tak balik lagi dari Malaysia. teruja sangat. siapa sangka, aku yang dulunya cuma main pool game dalam komputer masa kecik-kecik, sekarang merasa sendiri pengalaman tu. perfect! takdir ;) 




For the first time, aku bayar 350 ruble. katanya untuk sebulan, seminggu 2 jam . mencuba sesuatu yang baru tu memang feveret (favourite) aku.  kalau kat Malaysia, jarang tengok perempuan main snooker. kalau ada pun, mungkin yang ranggi-ranggi sikit. **maaf**. tapi kat sini, semua senior perempuan aku main snooker. kokorikulum untuk universiti barangkali ^^ 

Pakcik Russia yang incharge kat situ la yang ajar aku. posisi berdiri, cara guna tangan. macam mana nak main, and so on. alhamdulillah, skill game pool yang aku main zaman dulu-dulu sangat berguna masa ni! hehe. alhamdulillah jugak, senior-senior laki kat sini semua baik-baik. ajar aku macam mana nak susun bola snooker and so on. terima kasih korangg! :) **mentang-mentang la dah hebat**! Main punya main, lepas kena up level belajar cara main snooker, pakcik tu ajar guna satu batang kayu ni.


Gambar sekadar hiasan.

Nampak tak kayu yang kat bawah tu? kata pakcik tu, tu guna untuk tuju bola yang jauh. sebab kata dia, yang dekat kena tuju 5cm dari tangan yang menahan :) *tak faham? erk, takpe la* hehe. seronok jugak sebenarnya. I'll play it again, soon! dengar-dengar, kat sini ada game frisbee. apa tu? senior laki cakap, senior perempuan pun main frisbee. so, why not try lepas ni? 

p/s : next update ok :) peace!
"mak ayah, maaf kerana anakmu ini sedikit kasar hobinya =D "

Thursday, September 6, 2012

Isteriku sayang =D


Cerita ni sengaja aku copy supaya aku takkan kehilangannya :')
Harap bermanfaat buat bakal-bakal isteri kat luar sana!
Take note ya. It reminds me.


Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.


Gambar sekadar hiasan :)

p/s : I pun tak nak jadi yang no dua, so I'll make sure yang I akan belajar jadi yang terbaik untuk you! =D

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...