Friday, August 31, 2012

Ada apa dengan secebis kain itu?


Niqab. Purdah. Ninja.
Atau apa saja yang mereka gelar.

ada apa dengan secebis kain itu? yang tidak berapa besar. seperti kain buruk saiznya. tapi punya seribu pengertian buat mereka. dan juga aku. alhamdulillah, Allah gerakkan hati ini untuk mencuba. biarpun tanpa pengetahuan ibu bapaku :') Allah gerakkan hati ini, dengan sokongan roomate aku pada waktu itu. Hidayati Mustaffa. terima kasih kerana meyakinkan hati ini saat itu.

Maulidul Rasul, di Yayasan Al Jenderami 2012.
menjadi titik tolak terkesannya hati ini. syahdunya hati ini saat pertama kali memakainya. 


juga bersama sis Izah yang pertama kali memakainya :)

p/s : maaflah. akak kekok waktu ini :')


kenapa aku memakainya? bukan kerana lebihnya ia kepada sunnah Nabi atau kerana ianya pakaian seorang muslimah. tapi jawapan aku yang utama : kerana aku berasa tenang bersamanya :') kenapa tenang? aku mengikut fatwa hati. saat aku memakai purdah/niqab .. mana mungkin aku minum berdiri, mana mungkin aku meludah di tepi jalan, mana mungkin aku memandang ajnabiku tanpa batas, mana mungkin aku gelak berdekah-dekah. mana mungkin aku berpakaian tidak menutup aurat, dan mana mungkin aku berkelakuan bukan seperti muslimah khususnya !

aku punya jawapan aku yang tersendiri. biar apa yang orang kata, aku selesa dengan pakaian ini. dengan secebis kain yang bukan apa-apa ertinya buat kamu, aku lebih taat pada Penciptaku. dengan pakaian ini juga aku pertama kali menemui calon suamiku, yang saat ini merupakan tunanganku :) terima kasih Allah! 

see? :)

Kalian, aku bukanlah istiqamah dengan secebis kain ini. tapi aku juga punya impian, juga impian si dia. melihat isterinya dengan secebis kain ini saat pernikahan kami nanti. Sayang, semuanya dengan izin Allah. mana mungkin aku mampu memakainya saat ibu bapaku kurang redha dengan penampilanku. aku tidak akan sesekali melakukannya. Ya Robb, Kau sentuhlah hati mereka :)




p/s : coretan seorang muslimah idamanku :')

Thursday, August 30, 2012

Sesekali diuji


Beratnya ujian. kenapa aku? sebab Allah sayang kamu Ainishahirrah! al kisahnya semalam. aku keluarkan duit dari ATM sebanyak 12 000 rubel. tunggu punya tunggu proses, akhirnya declined! sabar.. gigih jugak nak bawak keluar duit, untuk belanja sampai bulan 1 la bajetnyaa.. 12 000 rubel lebih kurang RM1200. tapi tak la tepat pun. next, mungkin mesin ATM tu tak nak nilai tak sedap macam tu. aku cuba keluarkan 20 000 rubel. tunggu dan tunggu ... DECLINED! oh Allah..

kenapa nak keluarkan duit banyak-banyak? sebabnya kalau keluar sikit2, maybank charge banyak pulak! rugi. entah kenapaa.. Allah nak uji aku. mula-mula handphone rosak. repair kat Russia ni, boleh tahan mahalnya. jadi aku simpankan hasrat tu. mujur Encik Tunang baik hati nak poskan handphone baru :') thanks love!

bangun tidur, bukak la Maybank2u. kononnya nak transfer duit ke Malaysia. tengok-tengok akaun tolak dalam RM1200. ya Allah! duit aku hilang. apa dah jadi ni?! menangis.. menangiss.. menangisss.. apa je aku mampu buat? hidup kat negara orang ni, memang mencabar sabar. sungguh.

macam mana nak balik Malaysia nanti? duit cukup ke? banyak dah berhabis kat sini. Alhamdulillah, Allah takdirkan Encik Tunang yang baik hati sentiasa disisi :) terima kasih ya Allah. "Jangan risau. saya ada" - lega rasanya lepas dengar beberapa cadangan dia. niat di hati tak nak susahkan hati mak ayah. aku simpankan aje.



Aku ingat lagi! kata dia, "duit bukan segalanya. tapi segalanya perlukan duit." betul la tuu.. kata dia lagi, "orang rebut kuasa, orang sampai bunuh-membunuh.. semua sebab duit. duit ni nak diiktiraf sebagai apa?" Tuhan? bukan! jadi apa?? Allah . terima kasih kerana hadiahkan aku sebuah ujian sebagai tanda kerinduanMu buatku.


setiap kali mendapat nikmat
jarang ku sedari itu pemberianMu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
ku mengeluh risau 
bertambah gelisah
hingga terlupa
pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan

kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
moga sinarMu berikanku pedoman
hanya kepadaMu segala ketetapan!

p/s : lirik ditulis sambil keinsafan melanda diri :'(


Monday, August 27, 2012

Hak


hak aku, hak aku . hak kau pun hak aku?!

dalam hidup ni, yang mampu berbicara pasal hak, cuma manusia. yang akalnya sangat terbatas. terkesan dengan suatu perkataan : ZALIM. sungguh, zalim itu bukan bermakna membunuh orang, mencederakan orang atau sewaktu dengannya, malah lebih dari tu. teringat masa zaman sekolah dulu. ustazah ada pesan :

bunga yang diletakkan dalam mangkuk makanan itu adalah zalim. sebab? bunga itu sendiri ada pasunya. makanan itu sendiri ada bekasnya. jadi kenapa mesti campur adukkan. jadi ingin aku berpesan-pesan :-

zalim dari segi syarak bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.

hak kau, hak kau.. hak aku, hak aku ok :) kalau sesuatu tu bukan milik kita, jangan ambil. sesuatu barang tu dibiarkan, bukan bermakna tidak akan digunakan. cuma tidak diperlukan buat masa tu oleh pemiliknya. takut-takut akhirat nanti, selangkah nak masuk syurga. tapi tersungkur di pintunya .. nauzubillah ~ jangan menjadi zalim dengan membiarkan sesuatu tu diletakkan bukan pada tempatnya :)

p/s : sampaikanlah walau satu ayat :)


Saturday, August 25, 2012

Malam yang membahagiakan :)


seronok dapat skype ngan encik bakal suami. jarang2 boleh macam ni.
 letih sangat dia agaknya.. 
skype sampai tertidur :-


.. after that ..


finished call!
thanks love :)


Pencinta wanita


pengalaman mengajar erti kehidupan. 

wah! ayat puitis betul. aku tak sempat nak tulis entri pasal raya kat Moscow tu lagi. sebab sangat teruja nak tulis entri pasal ni. mungkin lagi terkesan di hati agaknya ^^ weett weett! ok. tajuk kali ni, PENCINTA WANITA. disebabkan keberadaan aku study dalam course marine, so aku dikelilingi ramai lelaki. ada baik, ada tak baiknya. yang baik aku ikut. yang tak baik, aku putarkan jadi baik. eh! insyaAllah :) 

satu benda negative yang aku belajar dari kawan2 lelaki sekeliling aku. same goes as tajuk kat atas. pencinta wanita. aku ceritakan pengalaman aku mengenai dorang ni ok? lelaki, bila setia. dia setia sangat. tiap masa nak cakap pasal perempuan yang dia sayang. ok, itu takpe la.. tak kacau kau pun kan? so what?

tapi, ada satu spesies lelaki. yang aku agak pelik jugak. let's say! dia layan awekss dia .. fuhh. first class! panggil nak sweet2 je. tapi part mak, part kawan2 perempuan. hadoi.. tak berjenis langsung. aku sangat simpati ngan orang2 yang macam ni. tambah lagi perempuan tu. teringat pulak satu buku karya Ustazah Fatimah Syarha dan suami dia.. ustazah tu ada pesan dalam buku dia :-

"perangai si lelaki dan si perempuan waktu bercinta adalah satu lakonan. lepas bernikah itulah satu kehidupan sebenar. jadi jangan terpedaya dengan lakonan. bersabarlah untuk satu kehidupan sebenar yang tiada penipuan"



Gullpppp! kan dah kena. aku harap, bakal suamiku bukan spesies yang ini. nauzubillahi min dzalik! wahai kaum muslimin sekalian, berpada-padalah kamu dalam kata-kata. kalau belum bersedia menjadi seorang suami yang baik, belajarlah dulu menjadi seorang anak yang soleh. suami yang baik, dilihat daripada cara dia melayan ibunya :) sebab?? bagi lelaki, ibu yang utama. dan isteri yang kedua. wallahua'lam.. semoga aku dan kalian dilindungi daripada lelaki sebegini. Aminn.

p/s : berpesan-pesan pada kebenaran. 

Thursday, August 23, 2012

Hayatku sebagai seekor 'Kimi'


Dengan izinNya, hari ini setelah kepenatan pergi ke main campus university aku.. aku masih diberi peluang dan tenaga untuk pegi ke kedai binatang peliharaan ^^ tak jauh dari hostel. sekitar 10min jalan kaki sahaja. dah lama simpan hasrat nak bela seekor hamster. tapi tak kesampaian. akhirnya.. tadaaaaa!


Nama : Kimi
Tarikh lahir : 23/8/2012
Tempat lahir : St Petersburg, Russia
Sahabat seperjuangan : Ali
Nama penjaga : Ainishahirrah Khosidi

hoho! kenapa kimi? kenapa kimi? mungkin sebab kat rumah, dalam family aku semua panggil aku dengan panggilan KAMIE. seriously :) actually, kimi bukanlah lahir pada tarikh ni pun. tuan kedai tu cakap, dia ada kat kedai tu lebih kurang sebulan yg lepas. jadi plus minus, aku jadikan tarikh aku beli ni, tarikh lahir dia. tak penah2 seumur hidup aku bela binatang mcm ni. sebab mak tak kasi! ^^ hehe.




seronok sangat tengok ragam dia bila kena lepas atas meja. terhibur jugak, even kimi bukanlah boleh cakap Russian pun. harap je lahir kat sini. HAHA! orang cakap, hamster ni cepat mati. tak kisahlah. sama je dengan manusia, sampai ajal, mati la dia. dinasour pun.. hidup beribu tahun pun, at last mati jugak kan? wallahua'lam.
ni dia gambar sahabat seperjuangan kimi. belongs to : Shira. roomate aku!



banyak la jugak berhabis duit beli sangkar untuk kimi, makanan dia and so on. tapi takpe laaa.. at least aku ada peluang berbudi dekat binatang. buat baik kat manusia ni pun, takda masalah boleh jadi masalah, buat baik kat binatang, insyaAllah sampai bila2 macam tu :) harap2 umur kimi panjang laaa.. nak jugak aku bawak kimi balik Malaysia. hehe .. ***macam la boleh! harap2, dengan adanya kimi ni.. dapat tambah pahala aku.. jaga binatang ni senang dapat pahala kan?? :) mana la tau aku boleh bela seekor hamster sampai jadi seekor kucing ke.. eh! haha.. (gurau je) kimi, awak jangan mati awal tau :( tunggu la saya habis study sini dulu.. tak lama, 4 tahun je.. sabar tauuu.. mood : tak boleh terima kenyataan bila tuan kedai tu cakap hayat dia mungkin dalam 3 tahun je.

p/s : kimi, awak jangan nakal2 tau. jangan jatuh2. main leklok dengan ali tu! LOVE YOU KIMI :)

Thursday, August 16, 2012

Permata hatiku


Perkara : Salam Aidilfitri Tahun 2012.
Lokasi : St Petersburg, Russia.
Lokasi Aidilfitri : Moscow, Russia.
Masa : 5 hari.


Ayah :)
My first hero in my life.



My mak.
Without her I am nothing :)



My abe.



My kakak :)



Me ;)



 My adik.


Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...