Saturday, March 17, 2012

Izinkan aku menyentuh hatimu! - Part 3



sepanjang perjalanan hidup ini, segala pencarian tentang siapa aku dan agamaku .. aku titipkan di sini. aku berharap, agar pencarian ini mampu memberi kebaikan buat aku , dan kalian . semoga rahmat menaungi diri ini dan juga kalian kerana kita punya Tuhan yang sama . Allahu rabbi wa rabbukum : Allah Tuhanku dan Tuhanmu .


*****

  1. Hidayah tu, kalau menari-nari depan mata kita sekalipun , kalau kita tak nak, kita takkan dapat - Kak Aishah Usrah.
  2. Rasulullah tu kan, siangnya macam singa . tapi malam dia macam rahib. 
  3. "tak payah tegur aku la! kau buat hal kau jela, kubur masing2 kan?" *memang la kubur masing2, tp aku takut bila aku dah mati nanti , orang tanam aku sebelah kubur kau, masa tu kan aku tak taw . sakit telinga kot nanti , dengar kau jerit2 masa kena sebat ngan malaikat :] - Muhammad Hazim
  4. Kalau kita tak boleh 'up' pun , cuba 'constant'kan - Iqbbar Z. Azhar
  5. Rasulullah bergurau jugak , tapi baginda tak menipu.

p/s : "aku menulis bukan kerna nama , hanya sifat kasih pada sesama insan"

Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Wanita :)



beby , awk bakal jadi sorang kanak2 perempuan kan? saya harap awk telah diiqamatkan oleh seorang ayah yang soleh , yang menjanjikan permulaan yang baik untuk hidup awk sebagai srikandi Islam :)
p/s : Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


adik, awk pun sorang perempuan kan? manis sangat bila adik yang tidak penuh hidupnya dengan dosa ni bila bertudung . apatah lagi dapat tutup aurat dengan sempurna . jangan bukak2 dah taw! ^^
p/s : Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


remaja perempuan , indahnya bila kamu bertutup macam ni :)) lauk yang dibiarkan dengan keadaan yang terbuka , mudah dijamah lalat . awk jangan jadi mcm 'lauk' tu taw . janji ?
p/s : Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”


awk, even awk masih belajar .. saya tak kisah pun awk nak nikah awal2 . Allah lagi suka :)) alhamdulillah , awak dapat jodoh yang soleh , sebab dengan adanya perjalanan hidup awk sebagai sorang wanita yang solehah. percayalah , janji Allah tu pasti <3
p/s : Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


sekarang , awk dah jd seorang IBU ! awk taw tak , Rasulullah SAW sendiri sangat memuliakan kaum awk ni . sampaikan baginda ckp , "ummi , ummi , ummi - 3x" . lepas tu baru ayah . tgk . betapa awk mulia disisi baginda . apatah lagi Allah , kan ^^
p/s : Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.


nenek . hmm , awk makin tua . makin tua. dan tua .. awk nak taw tak , hidup awk ni akan dipandang mulia oleh semua orang kalau seluruh kehidupan awk kat bumi ni, sebagai sorang wnaita yang mulia disisiNya . **ingat taw , hidup mulia atau mati syahid :))
p/s : -Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga


NOTA KAKI : kerana diriku dan dirimu begitu berharga :)


Monday, March 5, 2012

Izinkan aku menyentuh hatimu! - Part 2


sepanjang perjalanan hidup ini, segala pencarian tentang siapa aku dan agamaku .. aku titipkan di sini. aku berharap, agar pencarian ini mampu memberi kebaikan buat aku , dan kalian . semoga rahmat menaungi diri ini dan juga kalian kerana kita punya Tuhan yang sama . Allahu rabbi wa rabbukum : Allah Tuhanku dan Tuhanmu .


*****
  1. Sabda Rasulullah : "seorang ayah tidak memberikan hadiah yang lebih utama kepada anaknya selain hadiah adab yang baik." (Riwayat al-Tarmizi) - Solusi 
  2. Jangan memandah teguh langit di atas sana , sedangkan tanah di bumi sedia menanti - Ainishahirrah .
  3. "Budak kecil yang jatuh dan menangis , apa yang membuatkan budak kecil tu nak bangun semula?" - Taqi.
  4. "Doa for me and UMMAT" - Khairul Izwan.
  5. Jangan kamu sentuh wanita itu , sekalipun hatinya (Imam Syafie') - Ahmad Sabri.


p/s : "aku menulis bukan kerna nama , hanya sifat kasih pada sesama insan"


Saturday, March 3, 2012

Izinkan aku menyentuh hatimu! - Part 1


sepanjang perjalanan hidup ini, segala pencarian tentang siapa aku dan agamaku .. aku titipkan di sini. aku berharap, agar pencarian ini mampu memberi kebaikan buat aku , dan kalian . semoga rahmat menaungi diri ini dan juga kalian kerana kita punya Tuhan yang sama . Allahu rabbi wa rabbukum : Allah Tuhanku dan Tuhanmu .


*****


  1. Sesungguhnya ujian itu akan mendatangi kamu , sehingga kaki kanan kamu melangkah ke syurga - Ustaz Zahazan.
  2. Sesiapa yang Allah takdirkan untuk dia jadi baik , Allah akan beri kefahaman agama dulu - Ustaz Haslin Bahrin.
  3. Kalau agama anak tu agama Islam , dia akan pandu mak bapak dia jalan ke syurga - Ustaz Don.
  4. Apa yang ada dalam rumah kita , satu benda yang boleh buat kita teringat kat Nabi? - Ustaz Don.
  5. Nabi tak pernah ajar kita terlambat . Nabi kata , kalau taw esok nak kiamat , ada benih kat tangan , tanam benih tu dulu ! - Ustaz Don.

p/s : "aku menulis bukan kerna nama , hanya sifat kasih pada sesama insan"



Friday, March 2, 2012

Yatie Batrisya .


masa mula2 masok MIAT , kite sorang2 .. sebab kite masok lewat dari yang lain . masa kite masok bilik tu , kite sedar .. kawan2 Pre Russian yang lain sume tengah sibuk MSR (Minggu Silaturrahim) - orentasi . tapi kite ? Allah bagi kite rehat lebih sikit dari dorang .. rehat ? erm , rehat la jugak .

masa kite dapat kunci bilik , kite ingat .. kite akan dapat roomate budak MIAT yang lain . tapi , masuk2 je .. bilik kosong yang berhabuk :( masa tu , kite memang dah taw yang kite akan jauh dengan kawan2 Pre Russian pmpuan yang lain . sebab bilangan kami , 9 orang . kite daftar last skali .. so , kite redha je kena campak jauh2 , and duduk sorang2 .. 


kelas pun mula . ya Allah , aku balik bilik je takde orang . aku keluar bilik je takde orang . aku celik mata takde orang . nak tido pun takde orang kat katil lagi satu .. :'( sampaikan hari pertama kelas tu , pagi2 lagi mak kite call , kejut .. takut kite terlajak tido sebab letih sangat kemas bilik . Alhamdulillah , tak terlajak ^^ masa tu, satu benda je kite terpikir .. "ya Allah , macam mana la kalau aku terlajak subuh , terlajak tido sampai tak pegi kelas , dengan kelas padat mcm ni ??" T.T


sampai la satu masa tu .. kite balik kelas , tengok2 ada barang baru! eh ada orang atas katil lagi satu . and it's you , kak Yatie and kak Fathi . tu la dua manusia pertama yang aku kenal kat MIAT ni . masa tu , satu benda je kite pikir .. harap2 la roomate yang ni okey2 je . taknak la spesies pencuri ke , pemarah ke , pe .. ape2 jela ^^ alhamdulillah .. ---> Allah kurniakan sorang roomate yang baik. dan tak berapa nak tegur kite ;p


Lama-lama ... kite dah mula jadi rapat .


bersembang pasal hal peribadi . and aku tak sangka , pencarian aku selama ni siapa TAQI berhasil lepas aku kenal dia . TAQI yang hampir 2 tahun aku kenal , yang aku tak penah taw sape .. yang bertanggungjawab masukkan aku dalam program ni , aku hanya kenal lepas kenal roomate yang ini ;p terima kasih ya !


ingat lagi , masa aku nak berbisnes dengan Hafiz masa aerocarnival .. dia la yang beria2 nak tolong aku . drive aku ke hulu ke hilir untuk cari tempat 'frozen shop' . entahla , banyak benda sangat terhutang budi . tak taw nak balas macam mana .. :(


hari demi hari . masa pun berlalu .. banyak benda sangat kami share . even pasal 'suami pilihan' pun ade ;p ahahah! kak yatie , kte doakan .. semoga Allah kurniakan yang terbaik untuk kamu . biarlah Allah tarik yang soleh tu sekalipun , mungkin Allah nak bagi kamu yang extra extra soleh dari yang itu ;p aminnn ..




she's the first person , yang sanggup keluar dengan aku yang cuba2 berniqab ni . terima kasih sangat2 .. dia la orang yang guide aku untuk pakai semua ni . yang bagi aku kekuatan untuk buat kebaikan yang ini . terima kaseh , sangat sangat sangat ! tolongla jangan hilangkan dia dari aku , ya Allah :'(


3 bulan yang mendatang ni .. jangan la bagi kite sedih .. banyak sangat nak cerita . tunggu YATIE BATRISYA - PART 2 la agaknya kan ;) Allah .. jaga dia baik2 . peliharalah keinsafan dan kebaikan hatinya saat ini . jangan palingkan hatinya dari kebaikan yang dia tercari2 sebelum ni . aminnnnn ..


**YATIE BATRISYA PART 2 - coming soon . bcoz u're part of my life :)


Monday, February 27, 2012

AVIATION or MARINE ?


AVIATION ke MARINE ??

apa bezanya ? taw tak . semua ni sama je . nak taw apa yang sama ??
  1. course yang penuh dengan kaum Adam .
  2. course yang sangat menguji mental , fizikal , dan rohani >.<
  3. course yang tetap mewajibkan aku fly ke Russia .
  4. course yang tetap memerlukan aku bertahan sehingga 5tahun lebih lamanya .
  5. course yang mewajibkan aku meninggalkan keluarga yang amat aku sayang untuk sekian lamanya .
  6. course yang sangat menguji tahap agamaku T.T
Alhamdulillah , ya Robb :(


Allah . apa ni ? aku tersalah pilih ke .. saat aku mengadu kepada diri sendiri betapa aku 'derita' berada dalam program Pre Russian ni .. antara yang sering aku pikirkan :
  1. kalau menyesal ambik program Pre Russian ni , yang sangat 'engineering' ni , kenapa dulu tolak tawaran ke Beijing ? study sana , then comfirm jadi cikgu . senang je keje . semua benda kena pikir baik2 la .
  2. bukan senang nak senang , Anis. bukan susah nak susah .. ingat tu .
  3. cuba jadi Engineer Islamic . engineer dalam dunia ni ramai . tapi yang sehaluan dengan agamanya , berapa ramai ? wujudkanlah biah tu T.T
  4. Allah takkan letak aku kat sini , kalau aku tak mampu . fakta kan ? Allah takkan membebani aku , melainkan dengan kesanggupan aku . see?
  5. berapa banyak duit rakyat dah habis ? untuk persediaan aje , dan RM30ribu lebih . cuba pikir ! yang diploma kat dalam negara aje , baru RM15ribu lebih . tapi aku ? baru persediaan setahun , compare dengan diploma yang 3 tahun tu . MARA dah tolong banyak sangat . ingat tu ..
  6. dah lupa ke , macam mana susahnya aku usahakan sampai masuk program ni . ingat balik ! turun naik pejabat MARA berkali2 . padahal orang lain senang2 je dapat call n terus daftar . 
  7. Allah taw , apa yang terbaik untuk aku . selagi Allah benarkan takdir yang 'ini' terus terjadi , maknanya .. itu yang terbaik dariNya <3

see? banyak kan ?! sedar la Anis :(

untuk sem 3 ni . berusahalah sebaik mungkin . ingat balik Taqi cakap , "budak kecil yang jatuh dan menangis , apa yang membuatkan budak kecil tu rasa nak bangun balik?" cuba pikir :) alhamdulillah . saat hati memerlukan 'sesuatu' kau hadirkan ia :] Allahu rabbi <3

ambil cinta dilangit . dan sebarkan dibumi ye Anis :) try !

Wednesday, February 22, 2012

menegur bukan kerana siapa aku :)


entry aku kali ni . apa yang terjadi dan sememangnya terjadi pada aku sendiri . bukan menegur kerana siapanya dia pada aku . bukan kerana siapa aku pada dia . jugak bukan kerana NAMA :)

teringat pulak lagu Ramli Sarip : 

"aku menulis bukan kerna nama ,
hanya sifat kasih pada sesama insan ,
dan menyatakan kasih sayangku ,
kita sama semuanya sama ,
apa yang ada hanyalah kehidupan" :)


**bukan kerna nama - Ramli Sarip :)


seorang muslimah . yang auratnya lebih sempurna dari aku , yang tertutup elok dek pandangan seorang ajnabi . aku hormat padanya . aku tak mampu berniqab dan bertudung labuh sepertinya lagi , mungkin kerana keyakinan aku belum seteguh si dia :) Allah , realitikanlah ia ^^

*ana taw , bila ana duduk dengan enti . ana yang kanan , dan enti yang kiri . doakan ana jadi seperti enti SEKALI LAGI seperti dulu :)



tapi sayang , hormat itu makin hilang :'( maafkan ana , sahabat . tapi ana rasa enti silap .. ana taw enti ada kekuatan pengetahuan agama lebih dari ana . tapi janganla , jangan hilangkan semua tu sebab seorang lelaki ajnabi yang belum tentu Allah tulis jodoh antum di Luh Mahfuz sana . seteguh mana pun keyakinan enti yang dia bakal menjadi yang halal , tolong jangan rosakkan ukhuwah kita . cemburu enti yang melulu tu pada ana , ana takut Allah murka bila mana cemburu enti tak seperti Aisya Humaira' kepada suaminya Rasulullah .

ana menulis , bukan jugak sebab betapa hebatnya ana . atau sempurnanya ana . tapi sampai tahap enti block ana di FB sebab si dia , ana jadi kecewan ngan enti T.T

maafkan ana . ana perbetulkan segalanya di sini . ana nak bukak mata wanita muslimah kat luar sana jugak . ana tak sempurna untuk jadi 'role model' .. tapi enti taw kan , Allah tak tengok hasil teguran ana . tapi usaha ana untuk tegur :) alhamdulillah enti terima . terima kaseh enti <3 


apa2 pun , si lelaki tu .. insyaAllah yang terbaik untuk enti . semoga Allah halalkan hubungan kalian dengan mudah dan cepat . aminnn :) walimah nanti , jangan lupa jemput ana ye? ^^


Salam Ukhuwah ,
Ainishahirrah Khosidi <3

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...