Monday, October 31, 2011

Sempurnakan aku :)

Bahasa Melayu :
Bahasa Arab :
Bahasa Rusia :

~✿..Ya Allah, jika dia yang Engkau ciptakan untuk mengisi KEKOSONGAN ini, sampaikanlah kepadanya..jika dialah yang TERBAIK untuk hidupku dan agamaku, maka mudahkanlah jalan ini untuk ke sana..jika dialah yang tertulis sebagai TEMAN hidup dan matiku, PANJANGKANLAH hubungan ini serta ikatan ini hingga ke akhir hayat..✿~



✿~ Andai kehadiranku punca GOYAHNYA IMANMU, maafkan aku..
✿~ Andai kehadiranku punca HATIMU MERANA, maafkan aku..
✿~ Andai kehadiranku punca LALAINYA HATIMU, maafkan aku..
✿~ Andai kehadiranku punca LEMAH dan BERKURANGNYA SEMANGAT mujahadahmu, maafkan aku..


... Sungguh, itu semua BUKANLAH NIATKU..
 


Ya Allah..jadikanlah hati-hati ini, hati yang IKHLAS mencintaiMu..
Sesungguhnya kami TAKUT akan SYIRIK CINTA..
Bimbing kami ya Allah..♥♥



Sunday, October 23, 2011

terima kasih,

kata orang , hidup ni .. biar kenal ngan ramai orang .. baru la banyak benda kita boleh blaja . dan bukanlah semata2 macam duduk bawah tempurung , macam si katak ! *tak pasal2 katak dapat nama ..

saya punya sahabat . saya panggil dia Iz . alhamdulillah , sepanjang perkenalan kami .. banyak jugak yg saya belajar dari dia . bukan ke sahabat yg baik , adalah sorang sahabat yg mampu buat kita kembali ingat pada Pencipta kita ? kan :) syukran jazilan , wahai Iz .. *walaupun sampai saat ni kita x penah jumpa . mgkin esok :D

dalam satu perbualan kami . waktu zohor . tengah hari . break kelas russian ~ *1 jam .

"awak dah mkn ke ?" Iz tanya kat saya .
"belum la , xsempat . membazir la sejam .. nak solat lagi .. kalo makan , nak kena g beli lagi . dah la memang waktu lunch , mesti ramai .. baik saya mkn lepas kelas nti (dlm pkol 3ptg) . takde la tergesa-gesa sgt," jawab saya .
"ha , saya ada pegi satu kuliah ni .. ustaz tu ckp , penah tak masa makan ketika teringat2 yang kita ni blom solat ??  knapa orang cakap , kalau x makan sebelum solat .. lapar .. jadi tak khusyuk ?? " kata dia .

*gedebushhh . terkena la pulak ! betul kan ? tapi bukan ke ni yang slalu org perbesarkan ??

betul la .. ni la zaman orang menjual agamanya sendiri  , disalah tafsirkan .. so kata Iz lagi .. hadis ni , Nabi hanya khususkan utk waktu Isyak sahaja .. tapi orang perbesarkan utk semua waktu solat .. mengambil sebanyak mungkin 'rukhsah' utk kepentingan diri sendiri .. (maaf , x dapat bg hadis dia. sbb ni hanya perbualan telefon) . Jadi .. fikir2kanlah .. sejauh mana kita mengambil berat tentang sesuatu hukum tu :)



Friday, October 14, 2011

Pergilah Nafsu . Kembalilah , Wahai Akal :)

post kali ni , aku titipkan buat sesiapa sahaja yang merasakan setiap bait2 perkataan yang bakal aku lemparkan ni , BENAR . tak ada yang BENAR , malainkan yang BENAR . eh , eh ??

perasan atau ke , sedar atau tak . keadaan ni penah terjadi pada aku sendiri , dan mungkin kpd sahabat2 aku yg seusia dgnku . apa bendanya ? setelah berbincang dgn beberapa orang sahabat aku , lelaki dan perempuan . aku yakin . betul la . eh ? apa bendanya !!

this is part of the question :

1 - "boleh tak nak anggap laki yang boleh dikatakan hebat agamanya , tinggi pengetahuan agamanya .. dia suka approach perempuan , bukan sebagai seorang laki yg gatal? hanya sekadar utk 'survey' perempuan yg terbaik . dgn niat utk jadikan salah sorang dari perempuan2 tersebut sebagai sesuatu yg bakal menjadi HALAL baginya . boleh tak?? "


aishh! ape ke panjang sangat . BERBELIT - BELIT !!! 
ok , seterusnya ...


2- "betul la tu . GATAL ! dahla ada pengetahuan agama, ni la yg dikatakan spesies tak mengamalkan ilmunya . bukan ke tu pun dikatakan mendekati zina . sebab Imam Syafie pun ada cakap , JANGAN KAMU SENTUH WANITA ITU SEKALIPUN HATINYA . ada kan ?? ke pura-pura tak taw ? kalau betul kamu nak perempuan tu , kamu doa la diam2/sendiri2 .. mintak kat Allah . jika betul dia utk kamu , mintak la supaya jodoh kamu dipermudahkan , kalau tak .. jauhkanlah ."


adehhh! kan dah kena sebijik, wahai lelaki . *maafla kalau TERASA .
ok , seterusnya lagi .. LAST :)


3- "eh . kamu tak salah pun, wahai lelaki . lihatlah , Allah jadikan manusia tu .. disertakan dan nafsu . termasuklah nafsu terhadap perempuan . atau secara sopannya disebut .. fitrah utk hidup berpasangan macam orang lain . sedangkan tok imam pun ada yg kawen 4 , tok imam pun ada perasaan jugak . takkan agama mematikan nafsu lelaki kepada perempuan yg boleh menjadi HALAL utknya ??"







kesimpulannya .. sedarlah wahai lelaki . hati wanita itu sangat lemah dan lembut sifatnya . sekali AKU mula menyayangi .. AKU berjanji hanya KAU yang terawal dan terakhir . percayalah . aku akan sentiasa menjadikan kamu yang terpenting buatku setelah Allah dan Rasul . *setelah aku HALAL bagimu * jangan persendakan HATI ini . aku mudah menyayangi . jadi . aku takut kalau2 sifat semulajadi ini menjadikan aku lupa kepada Khaliqku (Allah) , lalu terjadinya zina hati tanpa aku sedari . nauzubillahi min zalik ... TEGUR AKU ANDAI AKU SALAH !

Tuesday, October 11, 2011

Makanan HATI :)

Kali pertama bumi ni diciptakan , katanya bumi ni selalu bergoyang, bergoncang dan tak berputar dgn stabil .. malah tak berputar pun pada paksinya . betul ke ?? perkara ni betul2 merunsingkan para malaikat .. lalu para malaikat menghadap Allah SWT .

" Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui , mengapa bumi ini bergoyang ?? " tanya para malaikat .

" Kerana belum dipaku, " jawab Allah .

" Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi ni ya Allah ?? " tanya para malaikat lagi .

" Aku akan menciptakan gunung-ganang. " jawabNya ..


Selepas tu , Allah terus menciptakan gunung2 di semua tempat yg ada di bumi ni . apa yg terjadi adalah sememnagnya benar setelah diciptakan gunung2 , bumi pun diam kemudian berputar sesuai dgn paksinya . maka , kemudian gunung pun dikenali sebagai PAKU BUMI yg diciptakan oleh Allah yg Maha Esa .

Lalu , para malaikat bertanya lagi ...

" ya Robb , adakah yg lebih kuat dari paku ?? "

" Ada ! .. iaitu api , yg panasnya dapat melelehkan besi, " jawab Allah .

"Ada lagikah yg lebih kuat dari api , wahai Tuhan ? " 

" Ada ! yakni air yg dapat memadamkan api ," jawabNya lagi ..

" Jadi ya Robb , ada lagikah yg lebih kuat dari air ? "

" Tentunya ada ! iaitu angin , kerana ia dapat membawa air ke mana pun ia menghembus , " jawab Allah lagi .

" Tapi ya Robb , adakah yg lebih kuat dari kesemua itu tadi ?? " tanya Malaikat lagi .

" Ada ! iaitu NAFAS hamba-Ku yg berdoa kepada-Ku . Kerana sesungguhnya DOA mereka itu mampu mengubah TAKDIR-Ku. " demikian jawapan Allah ...


(HADIS KUDSI)








Friday, September 23, 2011

Istikharah Cinta

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Thursday, September 22, 2011

wahai En. Bakal Suami .

Assalamualaikum , wahai En Bakal Suami .


percayalah ini tulus dari hati Puan Bakal Isterimu . saat aku menulis , percayalah .. aku sudah lama memikirkan tentangnya . tentang KAMU :)

Allah tu Maha Hebat kan ? Aku percaya ada sesuatu disebalik ' mengapa Dia merahsiakan keberadaanmu dan geranganmu daripada aku sendiri' :) kadang2 terdetik di hati . siapalah yg akan menyempurnakan agamaku ..? sebabnya .. aku penah terdengar mengenai hadith Rasullah , bahawa .. siapa yg tidak melakukan sunnah-ku (nikah) , maka dia bukan dari kalanganku ^^

pernikahan itu salah satu dari kesempurnaan agama . Maka , siapa yg bernikah .. agamanya telah sempurna :) insyaAllah dgn izinNya ..

tatkala aku melihat rakan2 ku ada yg sering berdampingan dgn 'bakal suaminya' (barangkali) .. cepat2 aku istighfarkan hati dgn mengingatkan kembali apa yg aku pelajari 2 3 tahun yg dulu .. nak taw apa dia ?

"Kalau kita couple , sume benda kita akan ceritakan kpd si dia . termasuklah kaum kerabat , makanan kgemaran , even posisi almari dan katil pun kita akan cerita . pendek kata , 'ambil berat' la katakan ... tp sejauh mana sesuatu tu akan sentiasa manis ? kalau SEMUAnya sudah si dia taw , jadi .. lepas nikah ... apa je yg tinggal ?? ntah2 akan terdiam sendiri , sbb tak taw nak ambik taw apa lg dan nak tanya apa lg ^^ " betul kan , wahai Bakal Suamiku .. 


betul la . setiap orang , terutama kaumku .. punya harapannya sendiri utk bahagia sampai ke syurga . jadi , ingin aku beritahu kamu tentang harapan aku terhadap kamu . takpe kan ? ^^
  1. tolong bimbing aku supaya aku takutkan Tuhanku dan Tuhanmu .
  2. tolong bimbing aku supaya aku benci kpd godaan syaitan .
  3. tolong bimbing aku supaya aku tidak melupakan tanggungjawabku kpdmu terutamanya . sebabnya aku teringin menjadi ketua bidadarimu di syurga nanti ...
  4. tolong bimbing aku supaya aku tidak lupa kpd ibu bapamu dan juga ibu bapaku . kerana aku taw , kamu yg berhak menentukan segala setelah memiliku .
  5. tolong bawa aku ke syurga nanti bersama2 mu dan Bakal anak2 kita yg soleh dan solehah ..

aku mahu kamu sedar , yg aku tahu tentang perkara ni .. 
ibu bapaku yg susah payah membesarkan ku , akan tetap jatuh No 4 setelah aku kamu miliki . Kamu akan menjadi sesuatu yg penting bagiku setelah Allah . dan ibu bapamu akan menjadi lebih penting dari ibu bapaku sendiri . Lihat , indah bukan? aku menggambarkan ianya indah , sebab aku taw , kamu takutkan neraka ... tanggungjawab terhadap ibu bapa akan jatuh di bahumu . tp aku tak kisah , sebab aku taw .. kamu seorang zauj yg bertanggungjawab bukan ? :) insyaAllah ..


terkadang aku terasa ingin bernikah secepat mungkin , sebab hadith ada mengatakan . Jalan mudah untuk seseorang perempuan itu memasuki syurga ... taat pada suami . tp apakan daya , aku belum sempurnakan diriku untuk menjadi yg sempurna buatmu . beri aku sedikit waktu lagi ^^



Kehadiranmu akan menyempurnakan akhiratku .



p/s : teringat pulak lagu Saat Lafaz Sakinah :)



Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu ^^







Tuesday, September 20, 2011

setiap kali .

Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan

kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan


oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini


seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...