Hi! Kali ni nak share resepi pavlova ni. Asalnya dari Russia sebenarnya, so rasa dekat pulak hehe. Nama asalnya Anna Pavlovna. Jadi lepas diubah, dia jadi la PAVLOVA. Sekian. Okay, resepi ni diambil dari video orang Russia yang buat pavlova.
Kali ni nak share pasal event Masterchef St Petersburg. Alhamdulillah dijemput untuk jadi juri, excited sangat nak rasa masakan budak-budak laki kat sini. And for sure, mestilah dengan siap presentation bagai.. So event ni dibuat pada 28 February 2016 pada jam 8 malam waktu sini (GMT +3).
Dulu, Masterchef St Petersburg 1.0 dibuat pada 16 November 2013. See? Banyak tahun dah, finally dapat jugak buat. Tahniah kepada adik-adik junior yang organize. So kalau nak baca entry pasal Masterchef St Petersburg 1.0, boleh baca dekat sini tau :-
Ok, nak share la gambar masakan yang dah siap ni. Mesti korang terliur, hehe. Hope so!
Pertandingan kali ni, para peserta diberi duit 300 rubles untuk beli barang & masakkan barang tu. See? Kreatif kan dorang ni. Even budak laki, tapi skill memasak tu boleh tahan la. So ni la list pemenang kali ni :-
Tempat pertama : Group 3rd year (din, aiman & aji)
Tempat kedua : Group 4th year (aj, hakim & azrai)
Tempat ketiga : Group 1st year (Faris, Firdaus)
Finally, nak ucap terima kasih kat adik-adik junior sebab dah organize pertandingan yang macam ni. Anyway, it's one of my best memories kat sini. Semoga korang teruskan memasak walaupun dah kahwin nanti ok? ;) Hehe. Peace!
So kali ni nak share pengalaman macam mana nak pergi Sultanahmet dari Ataturk Airport. Hari tu pergi trip ni as backpackers, so ni memang jimat habis la insyaAllah. Sebab kalau korang banyak duit, boleh je naik taxi. Tiada paksaan ;)
First, korang kena pandai terjemah map public transport kat Istanbul ni, atau dengan kata lain, study la dulu sikit station-station yang penting. Contohnya station Sultanahmet ni. Kebanyakannya hotel/hostel yang korang akan duduk nanti, mesti area sini. Sebab sini memang kawasan pelancong & top attractions macam Hagia Sophia, Topkapi Palace, Blue Mosque and so on..
So, ni la map public transport di Istanbul :)
Nampak tak yang bulat-bulat tu? Haa, tu la check point yang penting untuk ke Sultanahmet. Bila korang sampai je airport, lepas je pasport control, terus menghala ke Metro/Subway. Nanti korang nampak la kat signboard tu. Kalau nak jimat macam kitorang, sebelum naik metro tu, beli la Istanbulkart. Kad ni ada dijual di mesin tiket tu. Harga kad sahaja 6TL, jadi kalau korang masukkan 10TL, baki yang ada dalam kad hanya 4TL laa. Untuk lebih info, boleh tengok dekat website ni : http://istanbulkart.iett.gov.tr/en
TIPS : Beli kat mesin tiket lagi murah, sebab kalau beli kat orang jual, harga kad sahaja 8TL.
Ni la rupa kad tu okay :)
Ok, lepas masuk metro tu, ni yang korang kena buat :-
Tunggu metro yang menghala ke Yenikapi.
Turun dekat stesen Zeytinburnu.
Tukar naik tram pulak. (tram tak jauh pun, tak tahu tanya orang tau!)
Cari tram yang menghala ke Kabatas.
Turun dekat stesen Sultanahmet.
Sampai! =DD
Depan stesen tram Sultanhmet ni korang akan nampak Blue Mosque & Hagia Sophia. Good luck! :)
Bas ni boleh dapat di Amsterdam Central, tapi kita tak boleh guna one day transport pass tu. Sebab dia bukan bawah company GVB. Bus ni boleh cari dekat kaunter tiket Conexxion (jenama bas). Harganya lebih mahal dari naik train ke sana sebab dia parking lebih dekat dari Zaanse Schans. Kaunter tiket ni boleh jumpa dalam Amsterdam Central.
Harga : 10 euro return ticket.
2) Train Sprinter
Train ni boleh dapat dekat Amsterdam Central jugak, beli tiket dari kaunter train. Train ni akan stop dekat station Kood-Zaandijk. Harganya lebih murah daripada bas. Tapi kita kena jalan dalam 15min dari train station tu ke Zaanse Schans. Jangan risau, sampai je nanti korang dapat tengok peta macam mana nak jalan pegi sana. For sure, as backpackers kitorang pilih untuk naik train sebab jimat. Hehe.
Aku dan Kina bertolak ke Helsinki dari St Petersburg naik cruise Princess Maria jam 1900. Quite cheap jugak sebenarnya. Harga dia 68 euro untuk cabin 2 orang, tapi kitorang decide nak merasa breakfast buffet dalam cruise tu, 12 euro kau! About Rm56 jugak laa masa ni, huhu. So totalnya jadi 92 euro untuk 2 orang + buffet breakfast. Lebih kurang Rm229. Okay la tu kan? Hehe. Kitorang beli under company https://stpeterline.com/ -- haa, boleh la Google.
Kalau korang nak tau, St Peterline ni ada dua cruise je, Princess Maria (St Petersburg-Helsinki) & Princess Anastasia (St Petersburg-Helsinki-Stockholm). Selalunya Princess Maria ni makan masa 1 malam jela dalam cruise. Tapi Princess Anastasia selalunya makan masa 4 malam dalam cruise. Jauh la katakan --
Time ni sejuk yang amat! Maklum la tepi laut. Station cruise ni terletak dekat Metro Priyamorskaya. Lepas tu kena naik bas dalam 15 min untuk sampai ke port ni. Well done =D Sampai je, kitorang terus check in and dapat boarding pass.
menarik pulak tengok boarding pass ni. Make sure jangan hilangkan!
Masuk je cruise ni, rasa teruja sangat. Terus terbayangkan titanic. Tapi yang ni moden sikit laa.. Apa yang pasti, cruise ni kan tempat orang bercuti. Jadi macam-macam la maksiat atas ni, huhu.. Yela, dengan pub, casino, wayang, mesin judi, arak, disco semua ada. Redha jela masa tu, risau je mati kat situ. Ahaksss..
Lepas je kitorang solat maghrib, terus je pergi jalan2 cuci mata dekat Duty Free & finally pergi pub ni dengar orang nyanyi. Sedap jugak la penyanyi dia. Lagu ala-ala menari romantik gituuu.. Habis tu terus masuk bilik & dinner! Kitorang bawak bekal tau, hehe. Jimat!
Ni la cabin ktorang. Alhamdulillah, macam yang dibayangkan =D
Kalau korang nak tau, aktiviti dalam cruise ni boleh kata 24 jam non stop. Tengah malam ada disco la, nak dengan tak nak je huhu. Tapi kitorang mestilah pilih untuk tidur! Esok kan nak travel seharian.
Hari ni diizinkan Allah berjumpa dengan seorang student perempuan sini yg berasal dari Kazakhstan. Simpati sangat sebab dia tak dapat nikmat beragama. Susah nak amalkan agama dalam hidup sebab bi'ah yg tidak Islam.
Tahu al fatihah, tahu surah-surah pendek, tahu wajib solat 5 waktu, tahu kena tutup aurat, tapi belum ada bi'ah yang baik untuk dia amalkan. Kata dia, mak ayah sendiri pun tak solat tak tutup aurat...
"я не пью, не курю, и я не кушаю свинину" ... tapi dia makan daging tak halal. Dan tahu kena makan daging yg disembelih cara Islam sahaja.
Dia tahu dekat St Petersburg ni zohor masuk pukul 1,20 petang. Dan semestinya kami sebagai student selalu ada kelas masa-masa macam tu. Dia tanya lagi, "kamu solat dekat mana? atau solat dekat rumah je? kalau tak sempat, ada kelas macam mana?" -- Rasa terkilan sangat sebab cuba nak terangkan pasal solat jamak, tapi diri sendiri kurang tahu perkataan-perkataan yg sepatutnya dalam bahasa Russia. Finally, bahasa Russia sangat membantu... baru sedar, alhamdulillah.
Satu benda yg sangat unik bila study dekat oversea ni especially Russia, sebenarnya sangat ramai orang Islam, tp mereka amalkan Islam secara rahsia, bukan sepenuhnya dan dengan kurang ilmunya. Kesian, bukan salah dia untuk berada dalam keadaan tu. Dia orang baik-baik, tapi tak tersampai lagi agama ni sepenuhnya.
Hari ni Allah tarbiyah diri ni, supaya lebih bersyukur dilahirkan sebagai Islam dan dalam keluarga Islam. Nikmat yg terbesar dan teragung, nikmat iman dan Islam. Dan lagi satu, nikmat mengamalkan Islam secara terang-terangan. Wallahua'lam.