Sunday, March 24, 2013

5 Tombok Hati


Output Daurah "Hakikat Manusia". 23/3/2013. St Petersburg, Russia.
5 ubat hati, atau tombok hati :


  • Membaca Al- Quran dengan disertai maknanya.
"Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" - (Al-Israa' : 82)

  • Zikir yang berpanjangan.
"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" - (Ar-Ra'ad : 28)

  • Berpuasa. 
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : "Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat" (HR Imam Ahmad)

  • Solat malam.
"Dan pada sebahagian malam bertahajudlah dengannya sebagai tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji" (Surah Al-Isra' : 79)

  • Berkumpul dengan orang-orang soleh.
"Perumpamaan teman yang soleh dan teman yang buruk adalah ibarat penjual minyak wangi dan peniup tungku. Penjual minyak wangi boleh memberimu tanpa kita harus membeli, atau (paling tidak) engkau akan mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan peniup tungku boleh membakar pakaianmu atau engkau akan mencium bau busuk darinya" (HR Bukhari dan Muslim)





Thursday, March 21, 2013

Terima kasih, ayah.



Lelaki ini, yang semakin dimakan usia, masih aku kagumi dan aku sayangi. Ayah, kami belum lagi sempat ucapkan 'terima kasih' atas semuanya. Mungkin dah, tapi belum lagi dengan disertai isi hati kami. Kalaulah ayah tahu betapa sebaknya hati ni masa ayah sendiri yang nikahkan kami.




Kami nampak wajah sugul ayah. Entah apa ertinya. Dalam redha ada rasa terpaksa, betul kan ayah? Kami minta maaf sebab kami dah larikan diri dari menjadi tanggungan ayah. Kami tahu ayah mampu, tapi kami pun nak ayah dapat pahala yang lebih sebab pernikahan ni. Kami dah jadi hak mutlak suami kami. Kami bukan lagi hak ayah sepenuhnya, kan ayah? Tapi ayah kena tahu, hormat dan sayang ni takkan berubah. 

Kami janji ngan ayah, kami akan belajar dan jadi isteri yang baik. Tak pernah sekalipun ayah terlepas dari doa kami sehari-hari. Kalaulah ayah tahu... Terima kasih sudi walikan kami. Tanpa ayah, pernikahan ni tak mungkin terjadi. Ayah ingat lagi tak, ayah asyik ulang je lafaz nikah tu.. gementar agaknya ye? Hehe.. Tapi, you did it well! Ayah, jangan sakit-sakit lagi ye.. Doa kami selalu ada untuk ayah. Ayah layak untuk syurga Dia.


Sabda Rasulullah saw, 

Maksud Hadis: "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.

Ya Allah, pelihara dia dalam kasih sayang-Mu.
Dia ayah yang terbaik buatku. 
Dulu dan selamanya.






Thursday, March 14, 2013

Sakitmu sakitku juga.


Selepas berhari-hari aku hidup tanpa khabar dari suami, aku dikejutkan dengan satu mesej darinya. Ya Allah, berbunga rasa hati. Indahnya rindu ni. Indahnya takdir ini.

Dia sakit. Suami saya sakit, ya Allah. Apakah Kau kira kejauhan ini suatu dosa saat aku tak mampu menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang isteri yang biasa tatkala suami aku dalam kesakitan.? Ambillah sedikit kesihatan ini untuk kesakitan yang itu. 

Syafakallah, abang :( 
"always pray for you" - your wife.




Friday, March 8, 2013

Happy Woman's Day 2013!




Woman's heart is a deep ocean of secrets. - Rose, Titanic.

Chocolates, card, nasi tomato, cute note book and red roses for us.
Terima kasih, semua.

#ILOVEFLOWERSVERYMUCH.

Tuesday, March 5, 2013

Rindu yang halal.


Alhamdulillah, sudah menjangkau sebulan lebih aku bergelar seorang isteri. Walaupun hanya mampu memegang watak isteri sebenar selama lebih kurang dua minggu selepas dinikahkan. Kerinduan ini  hanya untuk suamiku.

Diri ini tak mampu mengukir berbaris-baris status di facebook seperti isteri-isteri yang lain. Kerana aku punya batas. Aku punya redha yang letaknya pada tangan suamiku. Alhamdulillah ya Allah, Kau halalkan segalanya antara kami.

Kenangan pengubat rindu. Cinta penambah rasa. Selamat ulang bulan, encik suami :))


Tuesday, February 26, 2013

Dokumen Perkahwinan Anak Perak. Checklist!


Salam sejahtera. 

Sebelum menambah rasa aneh, boleh la kiranya aku persembahkan sesuatu tentang pernikahanku. Paling tidak aku dapat membantu mereka-mereka yang tengah meng'google' dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum melangkah ke alam yang baru. (aku juga salah sorang insan yang cuba mencari tentang ni di Google).

Checklist sebelum hari penikahan bagi perempuan :
  1. Beli borang nikah kat Jabatan Agama (area Medan Kidd) - RM1.00
  2. Dua salinan kad pengenalan bakal suami dan isteri,
  3. Dua salinan kad pengenalan wali.
  4. Salinan sijil kahwin. Yang asal juga diperlukan. 
  5. Surat akuan bujang. Bagi yang bekerja, cop majikan dan yang belum, cop ketua penghulu.
  6. Ujian saringan HIV. Ujian ni hanya sah di hospital dan klinik kerajaan sahaja.
Mohon untuk tahu siapa gerangan naib kadi kawasan masing-masing. Dan mohon ambil tahu alamat beliau bagi mengelakkan sebarang masalah.

Sekian.


Thursday, February 21, 2013

A thousand times of 'thanks' .


Sebelum sempat menulis entry sempena pernikahan ana yang berlangsung pada 2/2/2013 yang lepas, ana mohon ruang untuk ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka-mereka yang sudi meluangkan masa menulis sesuatu tentang ana dan suami.

Terima kasih Naim Fital. Messp. Aferatul Abidah. Juga Sis Izah Asmadi. Diri ini dan suami sedikit terharu atas perkongsian yang antum lakukan. Hebat. Terima kasih lagi sekali kerana sudi meraikan kami, sebagai mempelai baru yang entah apa pada mata Sang Pencipta.



Izinkan diri ini berkongsi sesuatu :

  1. Nukilan Saudara Naim Pital 
  2. Nukilan Messp ( Blog official student St Petersburg, Russia)
  3. Nukilan Saudari Afiratul Abidah
  4. Nukilan Saudari Izah Asmadi
  5. Nukilan Saudari Ruby Latif aka Rabiatul Adawiyah
  6. Nukilan Saudari Izzah

Semoga dengan himpunan blog-blog kalian.. mampu membuatkan ana dan suami tersenyum kembali suatu hari nanti. Barakallahu fikum!

Love,
Ainishahirrah & Iqbbar.

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...